Apa Itu Kolesterol?

+ + + + +

Maksud serta pengertian kolesterolKolesterol ialah sejenis lemak yang terdapat di dalam saluran darah atau sel tubuh yang sebenarnya diperlukan untuk pembentukan dinding sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah.

Tetapi, apabila  kolesterol berlebihan, maka ia akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit seterusnya mengundang penyakit strok serta jantung.

Bagaimana nak tahu sama ada kita mempunyai kolesterol berlebihan atau tidak?

Dan bagaimana mahu kenal-pasti apakah punca yang menyebabkan saluran darah kita tersumbat? Supaya kita boleh mengelakkan masalah kolesterol berlebihan berlaku.

Mari kita rungkaikan satu per satu:

Tanda-Tanda Awal Badan Mempunyai Kolesterol Tinggi


1. Sukar untuk bernafas

Kolesterol yang tinggi menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar. Keadaan ini belaku apabila ada banyak kolesterol yang terkumpul pada saluran arteri dalam tubuh badan.

Seterusnya jantung tidak dapat mengepam darah dengan baik akibat tubuh badan mengalami kekurangan oksigen. Gelaja ini sering terjadi kepada orang yang mengalami obesiti.

2. Emosi tidak menentu

Kakak itu emosinya tak stabil Bagaimana kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan emosi tertanggu?

Perkara ini terjadi oleh kerana otak adalah bahagian yang menjadi tempat simpanan kolesterol yang paling banyak.

Kira-kira 25%.

Terdapat 2 jenis kolesterol yang tersimpan di dalam otak kita iaitu:
  • Low-density lipoprotein (LDL) yakni kolesterol yang jahat
  • High-density lipoprotein (HDL) yakni kolesterol yang baik.

Apabila jumlah kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, maka ia akan menyebabkan berkurangnya daya ingatan, emosi mudah tertanggu dan boleh mencetuskan penyakit alzeimer serta penyakit neurologi yang lain.

3. Berasa mual dan muntah

Kerap berasa mula dan nak termuntah? Itulah petanda kolesterol tinggi.
Jumlah kolesterol yang sangat tinggi juga boleh menyebabkan saluran percernaan terganggu. Seterusnya tubuh badan tidak dapat menerima makanan dengan baik.

Simpton akan menjadi lebih parah jika terjadinya gelaja lain seperti sakit sakit kepala dan nafsu makan yang menurun.

Jika tidak dikawal dengan baik, ia akan menyebabkan kita mudah pitam(pengsan).

Antara tanda-tanda lain badan mempunyi kolesterol tinggi:

  1. Kram di malam hari.
  2. Kaki menjadi sejuk.
  3. Proses pemulihan luka yang lambat.
  4. Sakit kepala serta lesu.
  5. Berat Badan Berlebihan.
  6. Sakit jantung atau mengalami palpitasi (berdebar-debar).
  7. Lebam pada beberapa bahagian tertentu.

Penyebab Koleseterol Tinggi

Kita semua dah tahu penyebab utama kolesterol tinggi adalah disebabkan pemakanan yang tidak sihat.

Makan makanan yang berminyak serta berlemak seperti lemak tepu yang ada di dalam haiwan, lemak trans dan juga kuning telur.

Dan makan makanan yang menyumbang kolesterol yang sangat tinggi ialah keju dan daging merah.

Selain itu, merokok juga antara faktor lain yang menyebabkan kolesterol tinggi.

Tambahan lagi dengan tidak bersenam secara konsisten, risiko untuk menghidap penyakit berbahaya seperti strok, lumpuh, sakit jantung dan darah tinggi sangat tinggi.

Cara Mengurangkan Kolesterol LDL Di Dalam Badan

Mengamalkan diet yang sihat:
Banyakkan makan sayur-sayuran serta ulam-ulaman. Kurangkan makan makanan berlemak, berkeju serta berminyak. Elakkan makan telur kuning terlalu kerap. Dan banyakkan makan makanan yang mengandungi omega-3 seperti ikan salmon serta ikan tuna.

Senaman secara konsisten:
Senaman dapat memperbanyakkan kolesterol HDL yakni kolesterol yang baik, di samping itu meningkatkan saiz zarah yang membentuk kolesterol LDL yakni kolesterol jahat di mana menjadikan ia kurang berbahaya.

Berhenti merokok:
Saya tahu untuk orang yang sudah terbiasa dengan merokok memang sukar untuk berhenti. Tetapi kurangkan kadar merokok itu. Oleh kerana, saintis menyatakan berhenti merokok dapat meningkatkan kolestol HDL sebanyak 4 mg/dL secara purata. Malah ia membantu membersihkan kolesterol LDL di dalam saluran arteri daripada tersumbat.

Alterntif Terbaik untuk Menurunkan Kolesterol

Kacang Sacha InchiCara yang paling mudah dan terbaik untuk menurunkan kolesterol LDL dengan mudah ialah dengan makan kacang sacha.

Atau lebih dikenali sebagai sacha inchi.

Kacang ini berbentuk lebih kurang seperti bintang.

Dan sacha inchi boleh ditemui di tanah tinggi Peru, Amerika Selatan.

Sacha inchi merupakan superfruit kerana ia diperkayakan dengan protein, omega 3, 6, 9, alfta tokoferol vitamin E, karotenoid (vitamin A) dan serat.

Sebagaimana kita tahu, omega 3 dan serat dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL.

Sacha inchi juga boleh didapati dalam bentuk minyak. Rasanya hampir sama dengan minyak zaitun. Cuma sedikit lebih ringan dan rasa ulam. Namun ia mengandungi lebih banyak protein dan omega 3.

Jadi, bagaimana kita mahu dapatkan minyak sacha inchi ini di Malaysia?

Memperkenalkan...

Sacha Inchi

Ubat untuk menurungkan kolesterol dalam darah.

Untuk info lanjut whatsapp terus ke +6019-254 3721.